MAJLIS IBADAH KORBAN 2013

Alhamdulillah, Solat Sunat Aidil Adha telah diadakan di Masjid Al Hidayah pada 15 Oktober 2013 yang lalu jam 8.30 pagi. Ramai ahli kariah telah datang memenuhi masjid sejak dari awal pagi lagi untuk bertakbir sementara menunggu solat didirikan. Khutbah Solat Aidil Adha telah disampaikan oleh Imam 1, Al Fadhil Ustaz Haji Ibrahim Mat Diah, dan Solat telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Rasul Al Hafiz.
Pada Majlis Korban 2013, 11 ekor lembu telah disembelih, termasuk seekor sumbangan dari JAIS. Seramai 64 orang telah mendaftar untuk Majlis Korban tahun ini. Tuan Haji Jeffri dan dibantu oleh Encik Malik Azmi telah menyembelih lembu-lembu korban dengan sempurnanya. Pihak Masjid mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua.
Ahli kariah telah bergotong-royong melaksanakan majlis korban, bermula dari menumbangkan lembu, mengulit, melapah, menimbang dan membungkus dan seterusnya mengagihkan daging. Kepada semua ahli kariah diucapkan terima kasih diatas sokongan padu yang telah diberikan kepada setiap aktibiti yang diadakan di Masjid kita ini.

Ahli-Ahli Jawatankuasa Pelaksanaan Majlis Korban 2013 adalah seperti berikut :

Pengerusi / Penasihat : Tuan Hj Sirol Aflah Hassan Basri
Timbalan Pengerusi : Tuan Hj Abdullah Mat
Ketua Pegawai Operasi : Tuan Hj Hamid Mohamad
Ketua – Penyembelihan : Tuan Hj Jeffri
Ketua – Pembelian / Melapah : Pak Ayub ( Tuan Hj )
Ketua – Menumbang / Mengulit : En Bujang Salim
Ketua – Timbang / Bungkus : En Mohd Zin
Ketua – Potong Tulang : Tengku Mohd Nor
Ketua – Agihan : En Yashaiya & Tuan Hj Mohd Lazim
Ketua – Keselamatan : Tuan Hj Azaha Wahid
Ketua – Hidangan : Puan Siti Rahmah
Ketua – Pendaftaran : Puan Daliah & Puan Kamalyyah
Ketua – Peralatan : Tuan Hj Suibarek Nibak & Tuan Hj Othman Nordin
Ketua – Bersih Perut / Kawasan : En Ahmad Kusnan

Foto-foto Solat Aidil Adha dan Majlis Korban 2013 dilampirkan dibawah ini :
[nggallery id=4]