MAJLIS PERASMIAN MASJID

 MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-HIDAYAH TAMAN MELAWATI

MAJLIS PERASMIAN MASJID AL-HIDAYAH TAMAN MELAWATI

Syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala kerana Majlis Perasmian Masjid Al-Hidayah Taman Melawati telah dapat disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor sempena Sambutan Hari Keputeraan ke-67 Baginda Sultan pada 7 Disember 2012 bersamaan 23 Muharam 1434. Acara Perasmian bermula jam 11.00 pagi dengan ketibaan para jemaah, dif-dif jemputan dan diikuti pemimpin Kerajaan Negeri. Baginda Sultan tiba pada jam 12.00 tengah hari. Antara kenamaan yang hadir termasuklah Menteri Besar Selangor,  EXCO Kerajaan Negeri, Setiausaha Kerajaan, Mufti Kerajaan dan Pengarah JAIS. Dianggarkan lebih 3,000 orang jemaah telah hadir ke Majlis Perasmian ini dan bersembahyang Jumaat bersama DYMM Sultan Selangor. Majlis berakhir dengan Jamuan makan tengah hari sebelum keberangkatan balik DYMM Sultan Selangor.

[nggallery id=2]