LATAR BELAKANG

Masjid Al-Hidayah Taman Melawati terletak di atas tapak seluas 4.5 ekar dipersimpangan Jalan Melawati 5 dan Jalan Melawati 6, Taman Melawati, Hulu Kelang, Gombak, Selangor. Berdekatan dengan Masjid ini ialah Zoo Negara, Kompleks Finas, dan kira-kira 500 meter dari Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).
Projek-projek pembangunan lain sekitarnya termasuklah Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Melawati 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Kawasan Komersial/ Pusat Bandar Taman Melawati dan Kawasan perumahan sederhana dan mewah.

Masjid Alhidayah Taman Melawati-Before Construction

Tanah tapak Masjid ini pada asalnya ialah sebuah padang bolasepak yang digunakan oleh penduduk setempat. Perancangan masjid ini bermula pada tahun 2006, ketika itu Taman Melawati sedang pesat membangun tetapi masih belum mempunyai sebuah masjid untuk menampung keperluan penduduknya yang dianggarkan seramai 60,000 orang dimana 80 peratus adalah beragama Islam. Mesyuarat pertama mengenai perancangan dan pengenalan Masjid ini telah diadakan pada bulan Oktober 2006 (bulan Ramadhan) bertempat di Pejabat Daerah Gombak.

Pelan Asal Masjid Al-Hidayah Taman Melawati

Perancangan dan pembinaan Masjid Al-Hidayah dilaksanakan dalam 3 fasa iaitu pertama peringkat pembinaan Bangunan Masjid (Dewan Sembahyang), kedua Dewan Pelbagaiguna dan Kiosk Perniagaandan ketiga Kuaters Imam/Bilal, Penginapan dan Tadika. Pada masa ini pembinaan Fasa 1 iaitu Bangunan Masjid (bangunan 2 tingkat) dengan kos sebanyak RM9 juta telah disiapkan dan mula digunakan pada bulan November 2009; mengandungi komponen atau kemudahan seperti berikut:

  1. Dewan Solat muatan 4500 orang jamaah
  2. Pejabat Am (Pengurusan)
  3. Pejabat Imam/Bilal
  4. Bilik Mesyuarat/Kuliah
  5. Pusat Sumber (Perpustakaan)
  6. Bilik Pengurusan Jenazah
  7. Ruang Solat Tambahan
  8. Stor
  9. Bilik Mandi
  10. Tandas
  11. Kemudahan Nikah dan Majlis Kenduri

 

Pemandangan dari arah hadapan

Pemandangan Dari Arah Hadapan (1)

 

Pemandangan Dari Arah Hadapan (2)

Pemandangan Dari Arah Hadapan (2)

 

Menara Masjid

Menara Masjid

 

Pemandangan Dari Arah Belakang

Pemandangan Dari Arah Belakang

 

Dewan Solat Utama

Dewan Solat Utama

 

Dewan Solat Utama (2)

Dewan Solat Utama (2)

 

Ruang Rehat Imam/Bilal

Ruang Rehat Imam/Bilal

 

Bilik Mesyuarat/Kuliah

Bilik Mesyuarat/Kuliah

 

Pusat Sumber / Perpustakaan

Pusat Sumber / Perpustakaan

 

Pengurusan Jenazah

Pengurusan Jenazah

 

Ruang Legar / Anjung Masjid

Ruang Legar / Anjung Masjid

 

Koridor Masjid

Koridor Masjid

 

Tempat Wudhu

Tempat Wudhu

 

Tempat Wudhu

Tempat Wudhu

 

Papan Kenyataan Masjid

Papan Kenyataan Masjid

 

Siling Ruang Tengah Masjid

Siling Ruang Tengah Masjid

 

Susunan Buku Dan Rak Masjid

Susunan Buku Dan Rak Masjid

 

Kemudahan Mengaji Al-Quran

Kemudahan Mengaji Al-Quran

 

Gelanggang Futsal

Gelanggang Futsal